free glitter text and family website at FamilyLobby.com
SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK CEK LALA YANG SHUMEL SHUMEL LAGI LEMAK BERKERIM DISUKAI RAMAI...

BLOG INI IBU DEDIKASIKAN BUAT ANAK-ANAK IBU YANG SANGAT AKTIF, NAKAL TAPI MENGHIBURKAN. MEMANDANGKAN ANAK-ANAK IBU BELOM PANDAI PASAL BLOG, MAKA DENGAN BANGGANYA IBU MENGUMUMKAN BAHAWASANYA IBU YANG AKAN UPDATE SEGALA CERITA MENGENAI 'DOUBLE D' IBU ITU... DINA & DARWISH!

Followers



Jumaat minggu lepas, hero yang bernama Muhammad Shah Darwish tu sudah tidak KEBAL lagi.. memberi pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah. Dan oleh sebab dia ade batuk2,  jadi ibu bagi pelepasan...
Sampai di rumah pengasuh, Darwish gembira tersenyum riang sebab tak payah ke sekolah. Si Kakak pulak, murung dan muncung dari turun kereta sampai masuk ke dalam sekolah.
Ibu pujuk kakak... baekkkkk punya ayat!!

Isnin datang lagi.. Skali lagi si Hero idaman tu buat peel mengamuk... TUMBANG!!
Tak nak ke sekolah!!
Padahal, buku-buku sekolah yang cikgu bagi suruh balut, beria-ria dia usung ke sana sini... Bukak satu persatu.. tunjuk pada ibu yang dia dah kaler-kaler masa di sekolah..
Pagi tadi, bangun dengan keadaan meragam. Walaupun ibu dah playsafe kejutkan secara berhemah sebab takmau bagi dia meragam. Tapi, tetap dia KUATKAN AZAM takmau ke sekolah. At last, Ibu gertak,

  "kalau Adik tak nak pegi sekolah, ibu bagi balik semua buku-buku tu kat Cikgu. Lepas tu ibu suruh Cikgu datang rumah marah adik sebab adik takmau pegi skolah.."

Tiba-tiba si Kakak pulak buat ayat...

"ibu... Cikgu Umi tu tahu ke rumah kita, kalau Adik takmau p sekolah?"

ek.. eh.. pompuan ni??

Ibu pon tak tahu lah kenapa si Darwish tu tak mau ke sekolah...
Sampai kat sekolah, kakak dah melaju dah turun keta. Salam salam ibu... Si Muhammad, statik dalam keta takmo kluar-kluar.. Yang papa tahu nyer nak memarah budak tu jer.. Ibu jugak yang kena handle... Memang KERAS betul si budak MUHAMMAD ni... Jenuh ibu pujuk-pujuk... Pujuk nak dukung lah.. pujuk nanti balik skolah kita beli aiskrim... tapi, yang menjadi bila ibu sebut pasal nak belikan 'fire-fire' utk dia... Memang dah banyak hari dia dok sebut pasal 'fire-fire' tu.. Ibu pon tak tahu menatang apakah itu. Berpuluh kali dia dok terang pon ibu still tak faham mende! Kata si Muhammad, 'fire-fire' tu kepunyaan Taufik (Anak pengasuh)... Dia beli kat mana pon tatau.. haihhh... Takpe lah Dek, nanti kita beli eh menatang 'fire-fire' tu...

Tapi, minggu lepas ade lah si Kakak tu bercerita.. katanya, Adik kena marah dengan cikgu.. Sebab Cikgu suruh beratur, tapi Adik melompat-lompat dengan kawan2 dia kat belakang.. 
Hurmm... Being anak bujang aku yang memang SANGAT AKTIF tu.. aku kenal sangat dengan peel dia yang satu ni... Kalau dia kena tegur atau kena marah di hadapan org2 yang dia kenal, memang dia akan tarik muka atau dalam erti lain, MALU!!
Kalau aku ada ditempat kejadian, mesti aku kena LAYAN KEMERAGAMAN beliau...

Hari ni, ibu tinggalkan Muhammad dalam tangisan sok sek sok sek.. (malu agak nyer nak nanges kuat-kuat depan kawan2). Cikgu kelas dia dok riba dia.. sesi memujuk la tuuu.. 
Harap-harap esok MAMAT akan berkelakuan baik.. Bangun pagi macam selalu... Senyum! Dan HAPPY nak ke sekolah!!



0 comments:

::CHARECTERS KEGEMARAN KAMI::