free glitter text and family website at FamilyLobby.com
SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK CEK LALA YANG SHUMEL SHUMEL LAGI LEMAK BERKERIM DISUKAI RAMAI...

BLOG INI IBU DEDIKASIKAN BUAT ANAK-ANAK IBU YANG SANGAT AKTIF, NAKAL TAPI MENGHIBURKAN. MEMANDANGKAN ANAK-ANAK IBU BELOM PANDAI PASAL BLOG, MAKA DENGAN BANGGANYA IBU MENGUMUMKAN BAHAWASANYA IBU YANG AKAN UPDATE SEGALA CERITA MENGENAI 'DOUBLE D' IBU ITU... DINA & DARWISH!

Followers

::NASI LEMAK::

Ini adalah cerita kemarin dulu.. 
Ibu tak sempat nak update... sebab masa takde nak edit n crop picture..
Malam sebelum tu Adik ade cakap kat ibu..

"ibuu.. ibuuu... esok mamat nak bawak nashik lemak p skolah.. "
"adik nak bawak nasi lemak?"
"hah... mcm amar.. makan kat dapo.."
"ermm.. ok.. Kakak?"
"kakak takmau ahhh..."

Ok dah siap! Jom p skolahhhh!!!
Ini sebenarnya, pic ibu nak tunjuk keadaan pagi tu selepas dilanda angin kuat malam tu..
habis daun2, ranting2 kayu berselerak depan porch... kolam plastik yg ibu sidai atas pagar tu pon, jatuh diterbangkan angin kuat.
Ok!
Adik, Kakak, Masuk keta jom!!!
Singgah warung Kak Yah beli nasi lemak, letak timun dgn telur goreng. Sambal kasik tabur titik2 jer.. Adik taknak pedas katanya....
Sampai kat pagar sekolah, tiba2 adik berubah fikiran...
"Ibu.. mamat nak makan kat rumah lah nasi lemak ni..."
"laaaaa... kenapa pulak dah??"
"mamat tak mau lah..."
"Hurmmm.. dah dah.. meh ibu kiss dulu..."

Masuk sekolah dengan tanpa nasi lemak... tapi nasi lemak tu ibu letak dalam keta.
 Sebab ibu yakin, balik sekolah nanti mesti adik cari nasi lemak adik...

KAN BETUL!!!!

Ibu amik kakak n adik kat sekolah, masuk jer dalam keta, terus adik tanya mana nasi lemak adik..

"mamat nak makan kat USM lah ibu..."

Lepas tu kakak pon tetibe over-over nak makan nasi lemak jugak..
Ibu bajet mesti ade lagi 2,3 bungkus nasi lemak kat cafe usm..
Tapi, rezeki takde la kakak.. habis pulak nasi lemak aritu...
Ape lagi.. si ratu air mata tu... berjejes-jejes lah air mata... menangisi ketiadaan nasi lemak, seumpama mengidam 10 tahun nak makan nasi lemak... Geram ibu tauuu!!!

Time ibu nak amik nasi nak suap kakak makan.. menjerit sakan dia..

"kakak takmau makan tuuu!! Kakak nak nasi lemakkkkk!!"

hishhh... dlm baju aku ni dah berpeluh-peluh dah ni...
perut ni merengkammmm jerrr nak marah....
Ibu amik jugak, nasi separuh dgn ayam goreng berempah. Lepas tu letak kuat masak kicap...
Selalu nyer si Adik minum sirap, si kakak tek o ais...
Ibu beli mcm biasa lah... Dah berebuttttttt pulak dahhhh....
Adik nak teh o ais jugakkkkk... Heshhh.. budak berdua ni kannn..
Tambah lak pulak teh o ais lagi satu...
Sirap tu ibu lah yg telan!!
Nasib baik lah cafe ummi tu sporting.. selalu bagi diskaun kalu aku dtg mkn bwk anak2.. Sedekah kat cucu2 katanya....
Adik dengan penuh perasaan makan nasi lemak pagi tadi.. hehhe.. Nasib baik lah tak basi...

Kakak??
Memula jual mahal.. takmo makan nasi tu...
Alih2.. ibu dah pujuk2 dgn kata-kata manis... makan la akhirnya...
sambil disusuli dgn sok sek sok sek...(lepas nangis)
tgk! idong pom memerah lagi... hurmmm...
"Ibu.. nasik ngan ayam ni sedap la ibuu..."

"Memang la sedapppp.. sebab ibu yg SUAP! Kalo kakak makan sendiri.. Mesti takkan rasa sedap mcm ni.."

0 comments:

::CHARECTERS KEGEMARAN KAMI::