SELAMAT DATANG KE BLOG ANAK-ANAK CEK LALA YANG SHUMEL SHUMEL LAGI LEMAK BERKERIM DISUKAI RAMAI...

BLOG INI IBU DEDIKASIKAN BUAT ANAK-ANAK IBU YANG SANGAT AKTIF, NAKAL TAPI MENGHIBURKAN. MEMANDANGKAN ANAK-ANAK IBU BELOM PANDAI PASAL BLOG, MAKA DENGAN BANGGANYA IBU MENGUMUMKAN BAHAWASANYA IBU YANG AKAN UPDATE SEGALA CERITA MENGENAI 'DOUBLE D' IBU ITU... DINA & DARWISH!

Followers

::TELEKUNG CEKAK KAKAK!::

Pagi tadi, Anak-anak dah siap mandi, pakai baju, ibu sedang mengambil feel dalam jambs.. Tiba-tiba...
"Ibu.. Ibu...."
"heee... ape??" <-- geram org kacau feel!
"Mana telekung cekak kakak??"
"hah?"
"telekung cekak kakak.."
"cekak??"
"Haa laaa..."
"Dalam beg sekolah kakak laa... ibu tgk aritu ade..."
"Ibu tgk? ade?"
"Iyerrr.. cari la dulu..."
*sila imejin perbualan berlansung dari dalam jams"

gedebush! gedebush! gedebush! (sound effect mandi)

Masuk bilik, tgk kakak dah pakai cekak kepala... Adik belum pakai baju. Suar yang koyak semalam, ibu dah jahit malam tadi jugak. POn tak pakai jugak lagi.. Kenapa dik??
Pakaikan baju kat adik... Sikap rambut kakak, betulkan cekak yang dia pakai...
Ibu pon siap2 lah...

"ibu... mana telekung cekak kakak??"
"laaa... telekung cekak ape pulak lagi??"
"Telekung cekak laa.. yang putih tu.. yg kecik tu... yang aritu kakak pakai tu!!"

Aku pon geledah la tempat sidai telekung sembahyang dia. telekung tu memang dah takde..

"Hari tu ibu letak kat sini telekung kakak.. kakak dah amik la kot."
"iyer ke?? nanti kakak tgk"

Dia masuk balik bilik bawak telekung dia. 

"Mane ade! hah.. Ha.. tgk! Mane ade! Takde pon!!"

"Laa.. kakak cari ape sebenarnya ni?"

"Telekung cekakkkkkkkkkkk!!!! yang putih tuuuuuu!!! yang dah kecik tuuuuu!!"

"Tudung ke?? yang ni?"
Aku tunjuk tudung dia yang ade ikat getah ke bekang mcm cekak jugak...

"Hishhh.. Bukan la ibuuuu!! telekung cekak kakak! Yang kakak pakai dulu ni.. yang kecik tuuu.. yang putih tuuuu....!"

"Ishhh... yang mana ni? telekung yang lama tu ke? yang kain licin tu? yang dah kecik tu ke?"

"BUKANNNNNNNNNNN!!!"

Pastu aku nampak satu benda putih atas rak kain baju...

"Yang ni ke???"

"HAAAAAAA!! yang ni laaa.. telekung cekak! Ape la ibu ni.. Yang ni pon tak tahu ke!"


"ITU CEKOP LA KAKAK!!"
gggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....

0 comments:

::CHARECTERS KEGEMARAN KAMI::